Wednesday, 23 July 2014

Ramadhan 2014

    Entry kali ni pasal bulan Ramadhan yg menghampiri penghujungnya. Terasa begitu cepat Ramadhan kali ini meninggalkan kita. Jom kita perbanyakkan amalan sunat. Nasihat ini sebenarnya utk mengingatkan diri ini juga yg alpa dan leka dgn nikmat dunia.
    
    Mana taknya asik sibuk dgn kerja. Blh kata hari2 kerja xde cuti. N waktu mlm dihabiskan dgn menonton tv. Apa nak jd lh agknya. Bila lg mau berubah klo bkn sekarang kn. Nak tunggu Ramadhan taun depan?? Itupn klo msih bernyawa lagilah masa tu. Haha

    Untuk jadi baik bukannya mudah dan taklah susah sangat. Yang penting "nawaitu" ataupun "niat". Jika kita berniat untuk buat baik maka Allah akan permudahkan urusan kita. Cuma masa dan keadaannya sahaja yang berbeza.

    Jadi aku pon nak kata baik tak lah sangat.. Biasalahkan manusia banyak buat kesilapan. So, slow2 aku amalkan baca al-Quran setiap hari (tapi kadang2 miss jugak haha penyakit M****S tu susah nak buang). And then, aku amalkan zikir "Subhanallah 33x", "Alhamdulillah 33x", dan "Allahuakhbar 34x" selepas tiap kali solat. And, klo malam sebelum tido tu ak try baca zikir ni 100x tiap2 satu. (tak lama pun buat benda ni just take 3-5 minutes only)

    Sekarang aku tengah cuba buat solat dhuha tiap2 pagi sebelum masuk office. Tapi aku kena kuar rumah awal sikit la sebab aku ni naik bas. Klo jalan jam teruk menangok la aku kat dalam bas tu.

    Try menjadi orang baik walaupun aku memang bukanlah baik sangat. Haha.. Dah2 sampai sini saja. Mengomel banyak2 pun bosan gak. K bye...