Wednesday, 20 August 2014

Pergi SOGO Guna Public Transport Mudah & Jimat Belanja

Hallooo..

    Ok aritu aku ada lah pergi ke SOGO nak beli barang sikit & ajak lah member aku yg sorang nie... Dia asal org KL so aku bajet lah dia tau jalan almaklumlah aku ni asal kampung je... Merantau ke KL ats sebab kerja. Hermmm tapi tebalik pulak jadinya sebab aku yg kne tunjukkan dia jalan nak pegi ke sana. Takpelah at least sampai la jugak kiteorg ni dgn jayanya. 
Hahahahahahaha (gelak tajam)

Oraitttt.. citenye begini. Aku duduk kt area Damansara Damai & member aku ni duduk area Setapak. Dari tempat aku nak ke SOGO begini:
STEP 1: Aku naik bas Rapid U8 atau bas Metro 100 ---- ke ---- Kepong Sentral
Tambang: Rm 1.00

RAPID BUS U8

 METROBUS 100

STEP 2: Dari Kepong Sentral naik KTM ---- ke ---- KTM Bank Negara
Tambang: Rm 1.10 (kalau tak silap akulah tp x lebih dr Rm 1.50, ingat2 lupe gitu.. haha)

BENDA NIE LA YG AKU NAIK MASA INTERN DLU..huhu

STEP 3: Dah sampai Bank Negara.. Tapi kene jalan kaki sikit..

VIEW DARI LUAR KTM BANK NEGARA

NIE LORONG PEJALAN KAKI DRI KTM KE LRT BANDARAYA

STEP 4: Ok aku selalu naik tangga nak ke LRT Bandaraya dlu sebab kt sana ada Jejantas terus masuk ke SOGO... Nie jalannye.. Habis je lorong kt atas tadi korang naik tangga nie ye..


Ikot je jejantas tue...

And finally.. dah sampai.. jom masuk n shopping.. :)

Yang kat bawah nie Pertama Complex memang betul2 sebelah SOGO.. kat bawah bangunan tu ada kedai makan murah2 dan ada jugak KFC. Bahagian atas dia plak pejabat. Sape2 yg kerja situ memang untung la senang je nak pegi makan and cuci2 mata tengok barang. huii...huiii


P/S: Tapi kalau dari tempat aku tu nak naik bas pun boleh.. Guna satu bas je pun boleh je terus sampai tapi makan masa sikit lah dalam 2 jam duduk dlm bas. Boleh patah "tongkeng" aku duduk lame2. haha.. So, aku pilih yg cepat n xde lah ak menangok lelame kat dalam bas kan.. Cme tambang dia aku tak sure. Even aku nak pegi chow kit naik bas je pun dah kne charge Rm 2.50 lagi kan pulak nak ke SOGO. Hurmmm... mesti lagi mahal kannn..


BTW, yang member aku tu dia ambik Monorel dri rumah dia dan transit kat LRT Masjid Jamek. Dari Masjid Jamek tu dia ambik LRT turun kat LRT Bandaraya. Tambang pun murah jugak katanya. Senang je sebab dia kata "one way jerkkk.." tp itu pun aku yg tunjukkan jalan.. haahahaa.. Takpelah sama2 belajar.. Nanti jadi pandai pun sama2. "Sharing is caring" isn't???


That's All.... :D





Wednesday, 23 July 2014

Ramadhan 2014

    Entry kali ni pasal bulan Ramadhan yg menghampiri penghujungnya. Terasa begitu cepat Ramadhan kali ini meninggalkan kita. Jom kita perbanyakkan amalan sunat. Nasihat ini sebenarnya utk mengingatkan diri ini juga yg alpa dan leka dgn nikmat dunia.
    
    Mana taknya asik sibuk dgn kerja. Blh kata hari2 kerja xde cuti. N waktu mlm dihabiskan dgn menonton tv. Apa nak jd lh agknya. Bila lg mau berubah klo bkn sekarang kn. Nak tunggu Ramadhan taun depan?? Itupn klo msih bernyawa lagilah masa tu. Haha

    Untuk jadi baik bukannya mudah dan taklah susah sangat. Yang penting "nawaitu" ataupun "niat". Jika kita berniat untuk buat baik maka Allah akan permudahkan urusan kita. Cuma masa dan keadaannya sahaja yang berbeza.

    Jadi aku pon nak kata baik tak lah sangat.. Biasalahkan manusia banyak buat kesilapan. So, slow2 aku amalkan baca al-Quran setiap hari (tapi kadang2 miss jugak haha penyakit M****S tu susah nak buang). And then, aku amalkan zikir "Subhanallah 33x", "Alhamdulillah 33x", dan "Allahuakhbar 34x" selepas tiap kali solat. And, klo malam sebelum tido tu ak try baca zikir ni 100x tiap2 satu. (tak lama pun buat benda ni just take 3-5 minutes only)

    Sekarang aku tengah cuba buat solat dhuha tiap2 pagi sebelum masuk office. Tapi aku kena kuar rumah awal sikit la sebab aku ni naik bas. Klo jalan jam teruk menangok la aku kat dalam bas tu.

    Try menjadi orang baik walaupun aku memang bukanlah baik sangat. Haha.. Dah2 sampai sini saja. Mengomel banyak2 pun bosan gak. K bye...



Friday, 7 June 2013

Mata Mengantuk!!


Hai..
Cerita hari ni ialah pasal mata. Aku adalah seorang student. Tapi macam biasalah hal-hal mengantuk dalam kelas ni. Aku sekarang dah kat tahun akhir di universiti. Dah nak keluar U ni la baru aku dapat mengatasi masalah mengantuk di kalangan pelajar. Ni berdasarkan pengalaman sendiri gak. Mula-mula dulu aku ingatkan kalau orang tua-tua kata nak melakukan sesuatu kerja tu kenalah niat hanyalah sesuatu perkara yang biasa. Tapi memang betul pun apa yang orang tua cakap.

Sebabnya bila kita berniat tak nak tido kat dalam kelas dan nak fokus dengan apa yang lecturer ajar maka benda tu lah yang kita akan dapat. Bila kita berniat, kita akan berusaha at least sikit pun jadi la nak tahan mata tu dari tertutup rapat.  The result, yes memang menjadi. Hari ni punyalah mengantuk kat kelas sebab malam semalam aku pergi majlis israk mikraj. Balik-balik aje dah pukul 3:30 pagi.

Pagi ni pulak ada kelas kul 9:00. Dengan kemalasan dan kemengantukan yang berganda-ganda aku cuba jugak pergi ke kelas. Kalau nak di ikutkan malas memang menggunung tak payah cakap lah kan. Sampai-sampai kat kelas lect da masuk. Macam biasa dia bagi la ceramah kat student dia.

Aku memang la kan nak dengar apa yang dia cakap tapi kalau dah angin mengantuk tu datang nak wat lagu mana kan. So, aku pun apa lagi mula la membesarkan mata aku yang sedia kecik ni. Tapi yang pasti dengan niat nak betul-betul dengar dan faham apa yang dia cakap. Bak kata orang Arab, "Akmalu bin niat" maksudnya setiap amal itu bermula dengan niat (kalau tak silap akulah).

Alhamdulillah.. aku berjaya mengatasi masalah mengantuk aku tu sampai lah habis kelas. So, I want to stress here that everything we want to do must have the direction and clear goals.

Jadi tu jelah cerita aku hari ni. Nanti ada senang aku taip lagi. Sesiapa yang terbaca blog aku ni kalau nak baca silakan and kalau tak nak baca pun takpa sebab aku tahu blog ni agak dummy sikit.

Mana yang nak komen tu pun silakan..



Tuesday, 4 June 2013

Hari Yang Bahagia

Salam..
Hari ini aku rasa lapang giler..
Bukan apa la kan sebab hari ni kelas tak banyak and i've a lot of time for myself.
Tapi kalau kita tak menghargai masa maka akan sia2 saja waktu yang kita habiskan 2.
Dan juga kita tak mendapat pahala daripada apa yang kita lakukan.
Maka sebelum kita melakukan sesuatu tu kena fikir dulu.
Rancang apa yang kita mahu buat pada hari ini dan pastikan ianya memenuhi semua aspek.
Maksud saya di sini kita rancang pukul berapa mahu makan, beriadah, siapkan asignment (jika ada), belajar, dan juga bersosial.

Penting bagi kita bersosial kerana ia akan menambahkan ilmu juga mengeratkan hubungan dengan orang lain.
Bukan nak tunjuk pandai la kan tapi berdasarkan pengalaman sendiri terasa rugi selama ni tak bersosial dan 
kurang bercampur dengan orang lain.
Kat situlah sebenarnya kita membina "communication skills" and perkara yang paling penting ialah ia dapat membuatkan kita bertambah berani berdepan dengan orang ramai.

Mula-mula memang rasa kekok tapi itu semua akan mengajar kita bagaimana nak membina "self confident".
Ada sesetengah orang menunjukkan tahap keberanian diorang dengan cara berfesyen.
Ada pula yang berbangga dan memperoleh kawan dengan duit. Dengan cara macam tu diorang mudah mendapat ramai kawan. Yelah kalau difikirkan siapa yang nak susah kan.. so, kalau kawan dengan anak orang kaya boleh la tumpang senang and popularity diorang.

Tapi pada pendapat aku la itu semua tak berapa perlu. Nak jadi berani ada banyak cara sebenarnya. Dan aku baru jumpa beberapa cara untuk menangani masalah PENAKUT -----> nak jadi -----> BERANI. Salah satu contohnya adalah duit, wang ringgit, harta benda, dan yang sama waktu dengannya.

Cuba fikir ramai orang tak sanggup berkorban harta benda kepada orang lain yang tak mendatangkan income atau faedah la senang cakap kepada diri sendiri. Sebab apa ya? Sebabnya kita ni semua penakut!!
Takutkan apa pulak nie... Yela takut kalau kita bagi duit kita kat orang lain kita jadi miskin, duit kita makin sikit, dah la tu kalau kita bagi kat orang ada ke orang nak bagi duit dia atau nak tolong kita di kemudian hari nanti?

Jangan la fikir begitu... Sebab Allah memandang mulia kepada sesiapa yang membantu hamba2nya yang lain.
Dan lagi kita jangan fikir kalau kita bantu seseorang tu, orang tu juga akan membalas kebaikan kepada kita. Tak semestinya begitu. Niatkan la aku ikhlas nak tolong dia. Sama ada dia yang membalas kebaikan kita atau orang lain yang membalasnya kita serahkan kepada Allah kerana Dia lagi Maha Mengetahui..

Aku pun sebenarnya nak mengingatkan kepada diri sendiri supaya tak lah sayang sangat kat harta benda. Kerana harta benda, kekayaan, duit semua tu boleh cari kalau kita berusaha. Yang kita susah nak cari adalah sahabat yang sanggup bersama kita kala susah atau senang dan juga saudara se-Islam yang ikhlas membantu kita tak kita background keluarga kita macam mana (senang kata tak pilih bulu).

So, peringatan kepada diri sendiri aku nak sama2 dengan orang2 yang anggap aku sebagai keluarga dan aku mahu belajar berkorban demi orang lain agar semua bahagia dan hati pun senang...

NEVER..NEVER..AND NEVER... I'LL NOT LEAVE MY COMRADE AGAIN!!!


Friday, 31 May 2013

Salam Perkenalan

Salam sejahtera..

Ok hari ni aku baru je melawat tapak blog aku yang baru. 
Yang lama aku dah lupa password nye..
Aku pun tak tahu sangat nak buat blog ni and nak merapik ape pun tak tahu.
But from now i'll make it familiar with me.
Dah la malas nak cakap banyak and i have a lot of works to do.
Sampai jumpa lagi di entry yang lain.

Chau chin chiiii.... :)

pulau pandan jauh ke tengah.. 
gunung daik bercabang tiga..
kalau ada silap dan salah..
harap di ampun maaf di pinta..