Hai..
Cerita hari ni ialah pasal mata. Aku adalah seorang student. Tapi macam biasalah hal-hal mengantuk dalam kelas ni. Aku sekarang dah kat tahun akhir di universiti. Dah nak keluar U ni la baru aku dapat mengatasi masalah mengantuk di kalangan pelajar. Ni berdasarkan pengalaman sendiri gak. Mula-mula dulu aku ingatkan kalau orang tua-tua kata nak melakukan sesuatu kerja tu kenalah niat hanyalah sesuatu perkara yang biasa. Tapi memang betul pun apa yang orang tua cakap.
Sebabnya bila kita berniat tak nak tido kat dalam kelas dan nak fokus dengan apa yang lecturer ajar maka benda tu lah yang kita akan dapat. Bila kita berniat, kita akan berusaha at least sikit pun jadi la nak tahan mata tu dari tertutup rapat. The result, yes memang menjadi. Hari ni punyalah mengantuk kat kelas sebab malam semalam aku pergi majlis israk mikraj. Balik-balik aje dah pukul 3:30 pagi.
Pagi ni pulak ada kelas kul 9:00. Dengan kemalasan dan kemengantukan yang berganda-ganda aku cuba jugak pergi ke kelas. Kalau nak di ikutkan malas memang menggunung tak payah cakap lah kan. Sampai-sampai kat kelas lect da masuk. Macam biasa dia bagi la ceramah kat student dia.
Aku memang la kan nak dengar apa yang dia cakap tapi kalau dah angin mengantuk tu datang nak wat lagu mana kan. So, aku pun apa lagi mula la membesarkan mata aku yang sedia kecik ni. Tapi yang pasti dengan niat nak betul-betul dengar dan faham apa yang dia cakap. Bak kata orang Arab, "Akmalu bin niat" maksudnya setiap amal itu bermula dengan niat (kalau tak silap akulah).
Alhamdulillah.. aku berjaya mengatasi masalah mengantuk aku tu sampai lah habis kelas. So, I want to stress here that everything we want to do must have the direction and clear goals.
Jadi tu jelah cerita aku hari ni. Nanti ada senang aku taip lagi. Sesiapa yang terbaca blog aku ni kalau nak baca silakan and kalau tak nak baca pun takpa sebab aku tahu blog ni agak dummy sikit.
Mana yang nak komen tu pun silakan..
No comments:
Post a Comment