Friday, 7 June 2013

Mata Mengantuk!!


Hai..
Cerita hari ni ialah pasal mata. Aku adalah seorang student. Tapi macam biasalah hal-hal mengantuk dalam kelas ni. Aku sekarang dah kat tahun akhir di universiti. Dah nak keluar U ni la baru aku dapat mengatasi masalah mengantuk di kalangan pelajar. Ni berdasarkan pengalaman sendiri gak. Mula-mula dulu aku ingatkan kalau orang tua-tua kata nak melakukan sesuatu kerja tu kenalah niat hanyalah sesuatu perkara yang biasa. Tapi memang betul pun apa yang orang tua cakap.

Sebabnya bila kita berniat tak nak tido kat dalam kelas dan nak fokus dengan apa yang lecturer ajar maka benda tu lah yang kita akan dapat. Bila kita berniat, kita akan berusaha at least sikit pun jadi la nak tahan mata tu dari tertutup rapat.  The result, yes memang menjadi. Hari ni punyalah mengantuk kat kelas sebab malam semalam aku pergi majlis israk mikraj. Balik-balik aje dah pukul 3:30 pagi.

Pagi ni pulak ada kelas kul 9:00. Dengan kemalasan dan kemengantukan yang berganda-ganda aku cuba jugak pergi ke kelas. Kalau nak di ikutkan malas memang menggunung tak payah cakap lah kan. Sampai-sampai kat kelas lect da masuk. Macam biasa dia bagi la ceramah kat student dia.

Aku memang la kan nak dengar apa yang dia cakap tapi kalau dah angin mengantuk tu datang nak wat lagu mana kan. So, aku pun apa lagi mula la membesarkan mata aku yang sedia kecik ni. Tapi yang pasti dengan niat nak betul-betul dengar dan faham apa yang dia cakap. Bak kata orang Arab, "Akmalu bin niat" maksudnya setiap amal itu bermula dengan niat (kalau tak silap akulah).

Alhamdulillah.. aku berjaya mengatasi masalah mengantuk aku tu sampai lah habis kelas. So, I want to stress here that everything we want to do must have the direction and clear goals.

Jadi tu jelah cerita aku hari ni. Nanti ada senang aku taip lagi. Sesiapa yang terbaca blog aku ni kalau nak baca silakan and kalau tak nak baca pun takpa sebab aku tahu blog ni agak dummy sikit.

Mana yang nak komen tu pun silakan..



Tuesday, 4 June 2013

Hari Yang Bahagia

Salam..
Hari ini aku rasa lapang giler..
Bukan apa la kan sebab hari ni kelas tak banyak and i've a lot of time for myself.
Tapi kalau kita tak menghargai masa maka akan sia2 saja waktu yang kita habiskan 2.
Dan juga kita tak mendapat pahala daripada apa yang kita lakukan.
Maka sebelum kita melakukan sesuatu tu kena fikir dulu.
Rancang apa yang kita mahu buat pada hari ini dan pastikan ianya memenuhi semua aspek.
Maksud saya di sini kita rancang pukul berapa mahu makan, beriadah, siapkan asignment (jika ada), belajar, dan juga bersosial.

Penting bagi kita bersosial kerana ia akan menambahkan ilmu juga mengeratkan hubungan dengan orang lain.
Bukan nak tunjuk pandai la kan tapi berdasarkan pengalaman sendiri terasa rugi selama ni tak bersosial dan 
kurang bercampur dengan orang lain.
Kat situlah sebenarnya kita membina "communication skills" and perkara yang paling penting ialah ia dapat membuatkan kita bertambah berani berdepan dengan orang ramai.

Mula-mula memang rasa kekok tapi itu semua akan mengajar kita bagaimana nak membina "self confident".
Ada sesetengah orang menunjukkan tahap keberanian diorang dengan cara berfesyen.
Ada pula yang berbangga dan memperoleh kawan dengan duit. Dengan cara macam tu diorang mudah mendapat ramai kawan. Yelah kalau difikirkan siapa yang nak susah kan.. so, kalau kawan dengan anak orang kaya boleh la tumpang senang and popularity diorang.

Tapi pada pendapat aku la itu semua tak berapa perlu. Nak jadi berani ada banyak cara sebenarnya. Dan aku baru jumpa beberapa cara untuk menangani masalah PENAKUT -----> nak jadi -----> BERANI. Salah satu contohnya adalah duit, wang ringgit, harta benda, dan yang sama waktu dengannya.

Cuba fikir ramai orang tak sanggup berkorban harta benda kepada orang lain yang tak mendatangkan income atau faedah la senang cakap kepada diri sendiri. Sebab apa ya? Sebabnya kita ni semua penakut!!
Takutkan apa pulak nie... Yela takut kalau kita bagi duit kita kat orang lain kita jadi miskin, duit kita makin sikit, dah la tu kalau kita bagi kat orang ada ke orang nak bagi duit dia atau nak tolong kita di kemudian hari nanti?

Jangan la fikir begitu... Sebab Allah memandang mulia kepada sesiapa yang membantu hamba2nya yang lain.
Dan lagi kita jangan fikir kalau kita bantu seseorang tu, orang tu juga akan membalas kebaikan kepada kita. Tak semestinya begitu. Niatkan la aku ikhlas nak tolong dia. Sama ada dia yang membalas kebaikan kita atau orang lain yang membalasnya kita serahkan kepada Allah kerana Dia lagi Maha Mengetahui..

Aku pun sebenarnya nak mengingatkan kepada diri sendiri supaya tak lah sayang sangat kat harta benda. Kerana harta benda, kekayaan, duit semua tu boleh cari kalau kita berusaha. Yang kita susah nak cari adalah sahabat yang sanggup bersama kita kala susah atau senang dan juga saudara se-Islam yang ikhlas membantu kita tak kita background keluarga kita macam mana (senang kata tak pilih bulu).

So, peringatan kepada diri sendiri aku nak sama2 dengan orang2 yang anggap aku sebagai keluarga dan aku mahu belajar berkorban demi orang lain agar semua bahagia dan hati pun senang...

NEVER..NEVER..AND NEVER... I'LL NOT LEAVE MY COMRADE AGAIN!!!